Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Join the forum, it's quick and easy

Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Forum Rasmi #Selangor Webchat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Top posters
Greenday (397)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
kalai (278)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
arul (235)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
AbG (224)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
Eleena (206)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
luna (173)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
FairChild (150)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
zairul (126)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
sahak (98)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 
mrsakai (96)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Vote_rcap 

Latest topics
» Real Steel 2011
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyFri Sep 22, 2017 4:57 am by 7haponi

» WONDERFULWEDNESDAYWOMEN
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptySat Nov 05, 2016 9:26 am by KThiruselvam

» BUSINESS START UP TRAINING Programme
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptySat Nov 05, 2016 9:06 am by KThiruselvam

» Self Employed Party Plan Business Training.
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyMon Feb 22, 2016 6:33 am by KThiruselvam

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyThu Dec 31, 2015 12:21 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyWed Dec 30, 2015 10:10 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyWed Dec 30, 2015 12:14 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyTue Dec 29, 2015 10:10 am by ggarrenna

» *FANTASTIC offer! Year END promotion!
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 EmptyTue Dec 29, 2015 12:11 am by ggarrenna

Who is online?
In total there are 2 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 2 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 90 on Wed Jul 03, 2019 7:30 am
Statistics
We have 426 registered users
The newest registered user is norazura

Our users have posted a total of 3716 messages in 406 subjects

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

3 posters

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Thu Nov 24, 2011 3:04 am

First topic message reminder :

Live Streaming
http://footstrim.blogspot.com/2011/0...mber-2011.html

Skuad olimpik negara sudah melepasi pusingan pertama dan kedua kelayakan dengan menundukkan pakistan 2-0 secara agregat dan Lubnan 2-1 secara agregat.
Sekarang masih menanti lagi pasukan mana yang menjadi halangan seterus nya bagi skuad olimpik negara.
Semoga Malaysia dapat mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pasukan Asia yg da layak ke pusingan seterusnya :

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 2011-03-29_193859

Undian telah selesai.
Perlawanan adalah timbal balik yg akn berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 2011-03-30_183146

Pusingan ke 2

Pasukan Asia yg layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik

Malaysia
Japan
South Korea
Australia
Uzbekistan
Saudi Arabia
Syria
Qatar
Iraq
Bahrain
United Arab Emirates
Oman

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Olimpik+draw

Jadual Penuh Perlawanan Malaysia:

21 September
Jepun vs MALAYSIA (2-0)

23 November
MALAYSIA vs Syria (0-2)

27 November
MALAYSIA vs Bahrain (2-3)

5 February
Bahrain vs MALAYSIA

22 February
MALAYSIA vs Jepun

14 March
Syria vs MALAYSIA

Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.

Pusingan Kalah Mati

3 naib juara kumpulan akn bermain kalah mati yg di jadual kan pada 25, 27, 29 Mac 2011.

Pemenang perlawanan tersebut akan menentang pasukan ke 4 dari Africa utk memburu slot terakhir asia ke sukan olimpik


Last edited by kalai on Mon Nov 28, 2011 9:11 am; edited 3 times in total
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down


Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Masa pemain rehat sepuasnya

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:28 am

KUALA LUMPUR - Pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee mahu anak-anak buahnya berehat sepuas-puasnya dan melupakan sepenuhnya bola sepak buat sementara waktu.

Skuad Olimpik Bawah 22 kendalian Kim Swee telah mengerah segala kudrat untuk sepanjang tiga minggu lalu, mengharungi lapan perlawanan keseluruhannya, enam pada Sukan SEA dan dua bagi Kelayakkan Olimpik.

"Mereka telah memberikan segalanya, janganlah fikir langsung pasal bola sepak.

'Biarlah mereka mengambil kesempatan ini berehat secukupnya dan luangkan masa bersama ahli keluarga," kata Kim Swee.

Kim Swee memberi jaminan bahawa Harimau Muda tetap meneruskan perjuangan dan menjanjikan aksi terbaik walaupun harapan layak ke Olimpik hampir berkubur selepas kecundang dalam kesemua tiga perlawanan pertama.

"Untuk baki tiga perlawanan seterusnya, misi tetap sama iaitu memburu kemenangan dan mata.

"Andai tidak layak pun, biarlah kita memanfaatkan sepenuhnya perlawanan berkualiti tinggi seperti ini untuk kita belajar sesuatu," jelasnya.

Malaysia dijadual bertemu Bahrain pada 5 Februari depan, diikuti Jepun (22 Februari) dan Syria (14 Mac).

Malaysia kini menghuni tangga tercorot Kumpulan C selepas gagal meraih sebarang mata, dengan Jepun gah di kemuncak dengan sembilan mata, meninggalkan Syria (enam) dan Bahrain (tiga).
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty FAM sangkal tuduhan

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 3:59 pm

KEKALAHAN 2-3 pasukan Harimau Muda kepada Bahrain dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia pada Ahad lepas ternyata mengecewakan banyak pihak.

Lebih kecewa, skuad negara yang mendahului dua gol menerusi ‘arkitek’ muda, Nazmi Faiz Mansor dan Mahali Jasuli terpaksa akur dengan kebangki- tan pasukan pelawat yang meledak tiga gol pada lewat permainan menerusi pe- nyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna.

Paling teruk, ‘malapetaka’ itu berlaku semasa Bahrain terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ekoran daripada itu, timbul nada-nada ‘sumbang’ dari luar padang yang mempersoalkan integriti skuad kendalian Ong Kim Swee serta mengaitkannya dengan isu rasuah seperti mana yang pernah melanda arena bola sepak tempatan suatu ketika dahulu.

Begitupun, Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia, Datuk Azzuddin Ahmad menafikan sekeras-kerasnya dakwaan negatif itu sambil memberitahu, kegagalan Harimau Muda itu kerana kurang bernasib baik.

Menurut beliau, mustahil pasukan yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA itu sanggup menjaja maruah dan menerima suapan.

“Apa semua ini? Desas-desus negatif ini ternyata membunuh semangat pasukan kita yang ketika ini di landasan yang betul bagi memartabatkan semula bola sepak tanah air.

“Sebenarnya, saya sudah lali dengan komen-komen negatif seperti ini. Ia bagaikan asam garam apabila menuduh pasukan negara yang bukan-bukan, rasuah, isu atur perlawanan dan banyak lagi isu negatif.

“Bagi saya, skuad negara yang beraksi cemerlang ketika menentang Bahrain sebenarnya kurang bernasib baik. Tambahan pula pasukan lawan memiliki senarai pemain gantian yang cukup bagus berbanding Harimau Muda yang banyak tercedera sejak temasya Sukan SEA,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Azzuddin memberitahu, penyokong juga harus lebih bersikap profesional dan tidak mudah menghentam atau melenting tidak kira sama ada pasukan negara menang atau tewas.

Ketika mengulas mengenai lanjutan kontrak Kim Swee yang akan tamat pada Mac tahun depan, beliau begitupun enggan mengulas lanjut atas alasan ia merupakan hal dalaman FAM.

“Tidak perlu hendak merujuk SPRM (Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia) untuk siasat kekalahan kali ini, ia bukan faktor rasuah, sebaliknya hanya kita kurang bernasib baik,” tegasnya.

Dalam pada itu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali semasa dihubungi mengesahkan, pihaknya tidak menerima sebarang laporan bagi menyiasat perkara tersebut.

“Jika ada laporan, kami akan segera siasat tetapi pada masa saya tidak menolak kemungkinan betapa ia sekadar spekulasi orang ramai yang kecewa dengan keputusan perlawanan itu,” katanya enggan mengulas lanjut.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Saya tidak akan letak jawatan'

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 3:59 pm

PENGENDALI Harimau Muda, Ong Kim Swee menegaskan, beliau tidak akan meletak jawatan sebagai jurulatih meskipun menerima desakan untuk berbuat demikian.

Ketika ini, segelintir pihak mengkritik prestasi hambar skuad bimbingan Kim Swee yang tewas kesemua tiga perlawanan pertama dalam saingan Kumpulan C kempen kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia.

Rentetan tiga kekalahan berturut-turut, terbaharu dijinakkan Bahrain 2-3 di Stadium Nasional, Bukit Jalil pada Ahad lepas, secara realistiknya anak-anak buah Kim Swee kini tidak ubah sekadar mengharapkan ‘keajaiban’ jika berhasrat mahu menjejak bumi London apabila menghuni tangga tercorot kumpulan tanpa sebarang mata.

Menurut Kim Swee, beliau hanya akan meletakkan jawatan sekiranya merasa tidak lagi mampu mengendalikan Harimau Muda sebelum kontraknya tamat pada Mac tahun depan.

“Tidak, saya tidak akan meletakkan jawatan. Saya hanya akan berhenti jika majikan tidak lagi merasakan saya layak untuk mengemudi Harimau Muda, selain tidak akan berundur selagi mempunyai keyakinan terhadap skuad saya,” tegasnya kepada Kosmo! semalam.

Harimau Muda akan kembali membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 di gelanggang lawan sebelum melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari. Aksi penutup tirai menentang Syria akan berlangsung di gelanggang berkecuali pada 14 Mac 2012.

Meskipun mengakui kesilapan gagal mengatasi Bahrain yang ‘tempang’ dengan 10 pemain, Kim Swee begitupun mahu semua pihak bersikap realistik mengenai perbezaan ketara kekuatan sebenar kedua-dua pasukan termasuk ‘musibah’ kecederaan yang menimpa pemainnya.

“Seminggu yang lepas, kami dijulang bagaikan wira apabila berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA 2011, namun sekelip mata, kami dikecam habis-habisan seolah-olah pingat emas itu langsung tidak berharga.

“Bukannya kami tidak boleh dikritik, cuma kita haruslah lebih realistik. Lainlah kalau kami kalah dengan Laos dan Kemboja, itu barulah lain ceritanya,” katanya.

Yang pasti, keberanian Kim Swee mengambil alih ‘baton’ daripada Datuk K. Rajagobal yang berjaya menamatkan kemarau emas selama 20 tahun di temasya Sukan SEA di Vientianne, Laos dua tahun lalu sememangnya wajib dipuji.

“Tekanan sebagai jurulatih Harimau Muda hanya Tuhan sahaja yang tahu tetapi inilah hidup dan mati saya bagi menyahut cabaran kerana saya bukannya jenis orang yang hanya pandai memberikan alasan sebelum bertanding,” katanya.

Pada masa sama, Kim Swee tetap optimis dengan kredibiliti majoriti pemainnya yang masih muda dan mampu menyinar pada Sukan SEA 2013 di Myanmar serta Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Percaya atau tidak, hanya Khairul Fahmi Che Mat, Shukor Jusoh, Affize Faisal Mamat dan Mahali Jasuli sahaja yang tidak boleh beraksi di Sukan Asia 2014 kerana melebihi had usia, jadi skuad muda ini sewajarnya diberikan peluang dan bukannya dihentam habis-habisan hanya kerana tewas pada aksi kelayakan Olimpik,” katanya.

Selepas ‘dilenjan’ habis-habisan sejak temasya Sukan SEA 2011 di Jakarta pertengahan November lalu, anak-anak buah Kim Swee kini akhirnya mendapat rehat yang secukupnya sebelum berlepas ke Sydney, Australia selama dua minggu bagi aksi perlawanan antarabangsa bersama tiga kelab elit di sana pada 10 Disember depan.

Mereka juga akan menyertai Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Nazmi alami ‘masalah misteri’

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:00 pm

KUALA LUMPUR – Aksi pemain bintang muda dalam pembikinan, Muhamad Nazmi Faiz Mansor pada bahagian tengah skuad bola sepak negara tampak begitu sempurna.

Dia lincah, pantas dan kerap mencipta peluang gol ketika beraksi.

Bakat pemain berusia 17 tahun itu kian diperkatakan setelah membantu skuad negara memenangi pingat emas acara bola sepak Sukan SEA XXVI, baru-baru ini.

Namun, masa depan Nazmi boleh terjejas kerana dia mengalami ‘masalah misteri’ iaitu tidak mampu beraksi sepanjang 90 minit perlawanan.

Ini disebabkan dia akan mengalami kekejangan otot kaki jika beraksi terlalu lama.

Itulah yang berlaku ketika dia beraksi menentang Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik Ahad lalu, apabila terpaksa dikeluarkan pada kira-kira 20 minit akhir perlawanan.

Masalah misteri yang membelanggu Nazmi diakui jurulatih skuad Harimau Muda, Ong Kim Swee.

Menurutnya, Nazmi memang mengalami gangguan misteri pada otot jika beraksi terlalu lama sehingga tidak mampu untuk menamatkan 90 minit perlawanan.

“Ia bukan masalah yang biasa dialami oleh pemain bola sepak. Malah, tidak ada pemain tempatan yang mengalami masalah sedemikian.

“Ini bukan bermakna dia tidak cukup cergas tetapi masalah kekejangan otot yang menghalang dia daripada memberikan aksi maksimum.

“Masalah ini jarang berlaku tetapi memang ada beberapa pemain terkemuka dunia yang mengalaminya,” katanya.

Menurut Kim Swee, demi memastikan bakat Nazmi dapat dikembangkan, dia mula mengatur langkah memulihkan masalah yang dialami pemain itu.

“Saya telah maklumkan kepada pihak Institut Sukan Negara (ISN) secara lisan mengenai masalah yang dialami Nazmi sebaik sahaja tamat perlawanan menentang Bahrain tempoh hari.

“Masalah yang dialami oleh Nazmi boleh diatasi melalui sokongan ISN,” katanya.

Nazmi menjaringkan gol pertama pasukan negara ketika menentang Bahrain Ahad lalu sebelum akhirnya Malaysia tewas 2-3.

Tambah Kim Swee, Nazmi mempunyai masa depan cerah, sekiranya pemain itu dapat beraksi dengan baik tanpa gangguan masalah kejang otot.

“Kita harus segera mencari penyelesaian kepada masalah yang dialami pemain ini untuk membolehkannya selesa beraksi dalam prestasi terbaiknya,” jelasnya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Hamidin selar kritik Harimau Muda

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:01 pm

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Amin menyelar kritikan segelintir pihak terhadap Harimau Muda berikutan dua kekalahan berturut-turut yang dialami dalam saingan kelayakkan Olimpik, selepas memenangi pingat emas Sukan SEA XXVI.

Tegasnya, setiap pemain sudah mengerahkan segala tenaga yang ada pada mereka untuk mengharungi tiga perlawanan sukar dalam tempoh seminggu, justeru kritikan terhadap skuad kendalian Ong Kim Swee tidak seharusnya timbul.

"Apa yang pasti, bagi saya pemain-pemain telah bermain dengan mati-matian untuk menjuarai Sukan SEA dan komitmen yang sama juga ditunjukkan dalam dua perlawanan seterusnya.

"Syria dan Bahrain pula bukannya calang-calang lawan... dua perlawanan sukar.

"Jadi mungkin kerana keletihan memuncak, mereka gagal bertahan untuk keseluruhan 90 minit permainan," kata Hamidin yang juga pengurus pasukan untuk Sukan SEA.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:01 pm

Pemain yang layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 :-
= 21 Tahun | Izzaq Faris Ramlan
= 20 Tahun | Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Wan Zack Haikal, Gary Steven Robbat, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack
= 19 Tahun | Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven
= 18 Tahun |Syahrul Azwari Ibrahim
= 17 Tahun |Nazmi Faiz Mansor

KREDIT: Kami Peminat Nazmi Faiz
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Info From FB

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:02 pm

Pasukan Harimau Muda yang diketuai oleh OKS akan berlepas ke Australia pada 9 Disember 2011 dan akan bermula berlatih di kem latihan pada 10 hingga 23 Disember 2011...

Senarai pemain dan juga lokasi latihan nanti akan diumumkan....
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Harimau Muda berguru di Australia

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:02 pm

SELEPAS 'dilenjan' habis-habisan sebelum ini, skuad Olimpik negara bakal 'mencari ketenangan' di Sydney, Australia selama 12 hari bermula 10 Disember depan.

Bukan untuk 'makan angin', sebaliknya anak-anak buah Ong Kim Swee ini akan 'berguru' bersama tiga buah kelab elit di sana sebagai persiapan menghadapi baki tiga lagi perlawanan aksi kelayakan Olimpik 2012, selain persediaan menempuh saingan Liga Singapura (Liga-S) pada Februari tahun depan.

Tiada sebarang kejutan ketara yang dilakukan Kim Swee mengenai senarai 30 pemain yang dipanggil menyertai latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya Isnin depan (5 Disember) apabila beberapa muka lama seperti kapten, Khairul Fahmi Che Mat dan penyerang kontroversi, Ahmad Fakri Saarani serta Thamil Arasu masih diberikan kepercayaan.

Kredibiliti permata muda negara, Muhammad Nazmi Faiz Mansor juga masih ditagih Kim Swee bersama rakan sepasukannya yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini seperti Syahrul Azwari Ibrahim, Mohd Fandi Othman, Abdul Shukor Jusoh, K. Gurusamy, Mahalli Jasuli, Wan Zaharulnizam Wan Zakaria dan Mohammad Muslim Ahmad.

Tiga pemain pinjaman kelab Slovakia, Vion Zlate Moravce - Wan Zack Haikal Wan Nor, Mohd. Irfan Fazail dan Mohammad Fadhli Mohd Shas juga masih mendapat kepercayaan Kim Swee bersama Gary Steven Robbat yang sebelum ini 'tercicir' ke Jakarta gara-gara kecederaan.

Perancang skuad Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), K. Reuben bersama peledak pinjaman Felda United, D. Saarvindran yang sebelum ini digugurkan ke temasya Sukan SEA juga kembali dipanggil menjalani latihan.

Begitupun, peledak berbisa negara, Izzaq Farris Ramlan terpaksa diketepikan kali ini gara-gara kecederaan serius selain seorang lagi penyerang, Mohd. Ferris Danial Mat Nasir juga digugurkan.

Pada masa sama, beberapa muka baharu juga diuji Kim Swee kali ini termasuk penjaga gol muda Kelantan dan Terengganu, Syazwan Yusof dan Sharil Saari bersama pemain skuad Presiden Kelantan, Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abd. Halim serta beberapa lagi pemain muda seperti Muhammad Akmal Ishak, Mohd Azizan Nordin dan Mohd Azrif Nasrulhaq.

"Kesemua 30 pemain dikehendaki melaporkan diri pada 5 Disember (Isnin depan) di Wisma FAM selewat-lewatnya pukul 1 petang," kata kenyataan FAM semalam.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty ISN kaji masalah misteri Nazmi

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:03 pm

KUALA LUMPUR - Institut Sukan Negara (ISN) akan menjalankan beberapa ujian ke atas pemain muda berbakat, Muhamad Nazmi Faiz Mansor bagi mengenalpasti 'masalah misteri' kekejangan otot yang membelenggu pemain itu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr. Ramlan Abd Aziz berkata, pihaknya akan meminta pemain Harimau Muda itu untuk menjalani pemeriksaan lengkap yang merangkumi aspek kesihatan, fisiologikal dan biokimia dalam tempoh terdekat.

"ISN telah dimaklumkan oleh jurulatih Ong Kim Swee mengenai masalah yang dialami Nazmi dan kami akan memanggil untuk menjalani pemeriksaan menyeluruh.

"Biarlah Nazmi mendapat rehat secukupnya terlebih dahulu.

"Ada banyak kemungkinan berhubung masalah itu, namun untuk mengenalpasti masalah sebenar, ISN perlu menjalankan kajian berdasarkan hasil laporan pemeriksaan.

"Janganlah kita terus terburu-buru membuat pelbagai andaian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Menurut Dr. Ramlan, masalah itu bagaimanapun bukan sesuatu yang baru kerana sebelum ini ISN pernah dirujuk masalah seumpama yang berlaku ke atas beberapa pemain pelapis badminton dan hoki.

"Ia bukannya satu penyakit dan bukan untuk dirawat. ISN yakin dapat mencari punca sebenar masalah tersebut dan mengatasinya.

"Pada masa sama, janganlah kita terlalu mengharap dan menjangka daripada Nazmi, hakikatnya dia masih sangat muda," ujarnya.

Dr. Ramlan berkata, sebaik proses tersebut selesai ISN akan menyerahkan laporan kepada jurulatih di samping mengemukakan beberapa syor bagi mengatasi masalah Nazmi.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Struktur Liga Malaysia perlu dirombak - Annuar

Post  kalai Thu Dec 01, 2011 4:05 pm

PETALING JAYA, - Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa berkata struktur Liga Malaysia perlu dirombak bagi membolehkannya mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

Beliau berkata kelemahan struktur liga bola sepak tempatan menyebabkan badan induk bola sepak negara serta pemain Malaysia sukar mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa.

"Ramai yang tidak tahu, negeri-negeri serta pemain yang bermain di Liga Malaysia sebenarnya tidak layak bermain di Liga Juara-Juara kejohanan Konfederasi Bolasepak Asia (AFC).

"Di Eropah, pemain kita tidak layak menyertai kelab di sana disebabkan Liga Malaysia tidak diurus secara profesional," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 di sebuah hotel terkemuka di sini hari ini.

Annuar berkata mengikut peraturan AFC pada 2009, Liga Malaysia sepatutnya diuruskan oleh sebuah entiti yang terdiri daripada gabungan kelab dan persatuan negeri yang bersaing di liga tersebut dan diurus secara profesional.

"Namun berdasarkan perbincangan dengan anggota gabungan FAM, pengurusan di peringkat kelab dan persatuan negeri masih ditakuk lama dan terus mengharap pemberian geran tahunan dari FAM," katanya.

Katanya jika kelab dan persatuan negeri gagal diurus dengan baik, kesannya dapat dilihat pada pemain-pemain yang dilahirkan.

Pemain pasukan kebangsaan dilahirkan oleh kelab dan persatuan negeri dan taraf pemain kebangsaan itu juga menjadi cerminan kepada liga tempatan, katanya.

"Sebab itu, pemain terbaik di Malaysia ini sebenarnya hanya bertaraf sederhana di Asia. Kerana itu juga pemain kebangsaan sukar mendapat tempat bermain di Eropah," katanya.

Kenyataan Annuar itu merujuk kepada isu penyerang kebangsaan Safee Sali yang gagal mendapat permit kerja untuk bermain bagi kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Cardiff City pada September lalu.

Masalah tersebut timbul berikutan pihak imigresen di United Kingdom mensyaratkan pemain yang mahu bermain dengan kelab di negara itu mestilah datangnya dari negara di ranking 70 terbaik dunia.

Malaysia ketika itu berada di ranking ke-146 dunia.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty SENARAI NAMA PEMAIN HARIMAU MUDA KE AUSTRALIA 10 DISEMBER INI

Post  kalai Sat Dec 03, 2011 6:58 am

Khairul Fahmi Che Mat
Ahmad Fakhri Saarani
Thamil Aishiteru
Muhammad Nazmi Faiz Mansor
Syahrul Azwari Ibrahim
Mohd Fandi Othman
Abdul Shukor Jusoh
Mahali Jasuli
Wan Zaharulnizam Wan Zakaria
Mohamad Muslim Ahmad
Wan Zack Haikal Wan Nor
Irfan Fazail
Mohammad Fadhli Mohd Shas
Gary Steven Robbat
D. Saarvindran
Syazwan Yusof
Sharil Saari
Nik Mohd. Syahrul Azim Nik Abdul Halim
Muhammad Akmal Ishak
Mohd Azizan Nordin
Mohd Azrif Nasrulhaq
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Nazmi tidak rela diratah Jepun

Post  kalai Sat Dec 03, 2011 6:59 am

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Su_041-9
NAZMI (kanan) bersama Pengarah Urusan Mizi Sport, Mohd. Azim Mat Layan pada pelancaran outlet ke-13 Mizi Sport di Festival City Kuala Lumpur di Danau Kota, semalam.

BINTANG muda bola sepak negara, Muhd. Nazmi Faiz Mansor berazam mahu mengubati kekecewaan tewas 2-3 kepada Bahrain dalam aksi kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia apabila bertemu Jepun pada Februari tahun depan.

Tanpa berselindung, pemain yang berusia 17 tahun itu mahu tampil dengan aksi yang lebih cemerlang apabila berhadapan ancaman 'samurai biru' sebagaimana dia membantu pasukannya membuka jaringan pertama untuk Harimau Muda pada aksi dengan Bahrain minggu lepas.

Nazmi yang meledak gol dari jarak 20 meter pada perlawanan tersebut, mengakui kemenangan terhadap Jepun merupakan penawar mujarab bagi dirinya meskipun menyedari usaha untuk mengutip tiga mata menentang skuad kendalian Takashi Sekizuka itu agak sukar.

"Memang tidak dapat dinafikan saya kecewa dengan kekalahan ke atas Bahrain itu ketika kami dilihat selesa mendahului dua gol.

"Lebih perit, saya gagal beraksi selama 90 minit ekoran kekejangan otot dan tidak mampu membantu negara untuk mengekalkan keputusan perlawanan tersebut sebelum dibolosi tiga gol dalam masa yang agak singkat," katanya ketika ditemui Kosmo! di Festival City Kuala Lumpur, Danau Kota semalam.

Ditanya mengenai 'penyakit misteri' yang dihadapinya, pemain yang berasal dari Lembah Keramat itu menegaskan ia bukan satu penyakit yang serius.

Nazmi menambah dengan kerjasama daripada pihak Institut Sukan Negara (ISN) dia yakin masalah itu dapat diatasi sebelum dia berlepas ke Australia pada 10 Disember ini.

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat termasuk ISN untuk membantu merawat masalah kekejangan otot yang saya alami.

"Ia satu petanda positif untuk memenuhi hasrat saya beraksi sepenuh masa dan mahu membantu Harimau Muda pada perlawanan persahabatan menentang tiga kelab elit Australia minggu depan," jelasnya.

Tambah anak didik Ong Kim Swee itu, dia akan memanfaatkan pengalaman yang bakal diperoleh di 'bumi kangaroo' sebagai bekalan untuk menentang Jepun.

"Kekalahan 0-2 ketika menentang Jepun sebelum ini, saya dapat rasakan bahawa kami seperti dipermainkan di sana," ujarnya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Gol Nazmi ketujuh terbaik dunia

Post  kalai Sat Dec 03, 2011 7:01 am

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Image

BIARPUN skuad Olimpik negara pimpinan Ong Kim Swee tewas kepada Bahrain dalam Kelayakan Sukan Olimpik London Ahad lalu, namun salah satu jaringan yang dihasilkan pemain tengah, Muhammad Nazmi Faiz Mansor tercatat sebagai gol ketujuh terbaik dunia minggu ini.

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan dalam laman rasmi 101greatgoals.com, anak jati Lembah Keramat, Kuala Lumpur itu mencuri perhatian dunia selepas meledak gol pembukaan negara dari jarak 30 meter.

Tambah manis, dia menjadi pemain termuda yang berjaya memasuki carta jaringan terbaik sepanjang minggu ini biarpun baru berusia 17 tahun.

Karier perjalanan Nazmi bermula dengan bergabung bersama skuad Harimau Muda B yang kini beraksi dalam kancah Liga Perdana musim 2011.

Selepas itu, kecederaan yang menimpa Gary Steven Robbat menyebabkan Nazmi dipanggil Kim Swee bagi memperkuat skuad bawah 23 negara untuk menghadapi temasya Sukan Sea Jakarta, bulan lalu.

Walhal, pada saat itu, Nazmi sedang beraksi mewakili pasukan bawah 19 negara pada kejohanan di Vietnam. Namun, seperti sudah tersurat, kehadiran Nazmi membawa tuah apabila membantu rakan sepasukan mempertahankan pingat emas Sukan Sea dimenangi di Laos dua tahun lalu serta tersenarai pada pertemuan berdepan Syria dan Bahrain.

Kini, namanya meniti puncak kemasyuran seperti dikecapi pemain yang lain. Namun harus diingat, Nazmi masih muda dan memerlukan penjagaan rapi daripada semua pihak bagi mengelakkan jangka hayat pemain yang mendapat jolokan ‘Kaka Malaysia’ ini ‘tidak panjang’ gara-gara publisiti yang melampau.

Malah, Kim Swee sendiri melahirkan kerisauan terhadap Nazmi yang mula mendapat tumpuan peminat dan media selepas berakhirnya kempen pertandingan bola sepak Sukan Sea lalu.

Senarai ranking penjaring gol terbaik di dunia minggu ini:

1. Kevin Prince Boateng (AC Milan lwn Barcelona, 23 November 2011)
2. Bruno Mezenga (Crvena Zvezda lwn Smederevo, 23 November 2011)
3. Yohann Eudeline (Sedan lwn Laval, 25 November 2011)
4. Dylan McGeouch (Celtic lwn St Mirren, 26 November 2011)
5. Jam Schlaudraff (Hannover lwn Hamburg, 26 November 2011)
6. Salif Hanifi (Saida lwn Kabylie, 26 November 2011)
7. Nazmi Faiz Mansor (Malaysia B23 lwn Bahrain B23, 27 November 2011)
8. Tim Brown (Wellington Pheonix lwn Sydney CF, 27 November 2011)
9. Inigo Martinez (Real Sociedad lwn Real Betis, 27 November 2011)
10. Damian Alvarez (Tigres lwn Pachuca, 27 November 2011)



kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Arab Saudi uji skuad Olimpik

Post  kalai Sat Dec 03, 2011 7:02 am

KUALA LUMPUR - Skuad Olimpik Arab Saudi mungkin menjadi ujian terakhir buat anak-anak buah Ong Kim Swee sebelum perlawanan dengan Bahrain yang dijadualkan pada 5 Februari depan.

Walaupun belum dapat mengesahkan tarikh perlawanan, Kim Swee berkata, dia menjangkakan mereka akan berdepan Arab Saudi pada penghujung bulan Januari tahun hadapan iaitu sekurang-kurangnya satu atau dua minggu sebelum bertemu Bahrain di tempat lawan.

''Ini merupakan salah satu perlawanan yang saya lihat medan terbaik buat pemain mendapatkan rentak sebelum berdepan Bahrain memandangkan Arab Saudi juga masih terlibat dalam kelayakan Olimpik.

''Selain perlawanan persahabatan dengan Arab Saudi dan di Australia, saya juga berharap mungkin kita dapat mengaturkan beberapa perlawanan lagi pada bulan Januari nanti.

''Selepas mengharungi jadual yang agak ketat sebelum ini, saya harap para pemain dapat memberikan segala yang terbaik di tempat lawan berdepan Bahrain pada perlawanan kelayakan keempat," katanya yang dihubungi, semalam.

Skuad Olimpik Arab Saudi yang menganggotai Kumpulan A juga dilihat senasib dengan pasukan negara apabila berada di tangga tercorot dengan hanya mengutip satu mata dalam kumpulan yang turut membariskan Korea Selatan, Oman dan Qatar.

Pada masa sama, Kim Swee turut memberitahu pasukan juara Liga Australia 2009/10, Sydney FC merupakan salah satu pasukan yang akan menguji skuad Olimpik negara menjelang tiga perlawanan persahabatan yang diaturkan di Sydney, Australia dari 10 hingga 22 Disember ini.

''Salah satu kelab elit yang kita temui nanti adalah Sydney FC yang merupakan sebuah kelab hebat dalam liga Australia.

''Tiga perlawanan dengan kelab elit Australia akan menjadi medan buat saya menguji beberapa pemain baru untuk menyesuaikan diri dengan perlawanan antarabangsa di samping memberikan peluang kepada pemain-pemain yang cedera sebelum ini kembali mendapatkan kecergasan mereka," katanya.

Sementara itu, ketika diminta mengulas kehilangan lima pemain seperti Mohd. Muslim Ahmad, K. Gurusamy, Abdul Shukor Jusoh, K. Sasikumar dan Mohd. Zamir Selamat yang memilih untuk bermain dalam saingan Liga Super bersama pasukan pilihan masing-masing, Kim Swee tidak cepat melatah.

Sebaliknya, dia yakin dengan pemain yang tinggal dan bercadang akan membawa masuk beberapa pemain Harimau Muda B dalam skuad utama bagi bersaing dalam saingan Liga Singapura yang dijangka bermula pada Februari depan.

''Buat masa ini saya sudah senaraikan beberapa pemain seperti Syazwan Tajuddin, Nazmi Faiz dan D. Saarvindran untuk bersama dengan Harimau Muda A musim depan.

''Saya akan menyenaraikan lagi beberapa pemain dari Harimau Muda B, saya tidak bimbang dengan ketiadaan beberapa pemain utama yang membuat keputusan berhijrah, saya hormati kehendak mereka," katanya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Lega bila kalahkan Myanmar

Post  kalai Sat Dec 03, 2011 7:03 am

SUKAN SEA XXVI yang menutup tirai minggu lalu meninggalkan pelbagai cerita dan insiden yang tidak mungkin akan dilupakan atlet, jurulatih serta seluruh rakyat Malaysia.

Namun, di sebalik pelbagai kisah suka duka, paling meninggalkan kesan mendalam kepada kita pastinya kejayaan skuad bola sepak mempertahankan pingat emas selepas membenam Garuda di depan ribuan penyokong mereka sendiri.

Anak-anak buah Ong Kim Swee mengetepikan segala ejekan, ugutan, ancaman serta pelbagai provokasi lain untuk pulang sebagai juara hasil kemenangan 4-3 dalam penentuan penalti selepas permainan sebenar berkesudahan 1-1.

Dalam perjalanan muncul 'raja bola sepak Asia Tenggara' dugaan terhebat yang terpaksa dihadapi Harimau Muda tentunya beraksi tanpa jurulatih ketika menentang Myanmar di separuh akhir gara-gara Kim Swee diarah meninggalkan padang ketika kita sedang berdepan Indonesia di peringkat kumpulan.

Secara tiba-tiba, Hassan Sazali Waras, selaku penolong jurulatih terpaksa menggalas tugas mengendalikan perlawanan penting itu. Biarpun peranan tersebut hadir secara mengejut, namun beliau tenang membawa skuad bawah 23 tahun negara membenam Myanmar 1-0 di Gelora Bung Karno pada 19 November, sekali gus layak ke final.

Bersama Utusan Malaysia, jurulatih yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak itu berkongsi detik yang sedikit mencemaskan tetapi meninggalkan kenangan manis dalam kariernya sebagai jurulatih kerana menjadi sebahagian daripada sejarah bola sepak Malaysia.

"Walaupun ia satu pertembungan penting, namun saya tidak mudah panik," kata Hassan Sazali membuka perbualan.

"Saya sentiasa bersedia untuk menghadapi kemungkinan seperti ini, lagi pun saya percaya pada kemampuan diri kerana memiliki pengalaman mengendalikan pasukan dalam sesuatu perlawanan, ia bukan perkara baru untuk saya.

"Sebelum bermula, Kim Swee telah berbincang dengan semua jurulatih mengenai barisan yang diturunkan serta strateginya," ceritanya lagi tentang pengalaman mengendalikan pertemuan separuh akhir.

Kata Hassan Sazali, pada awalnya, semua berjalan lancar seperti dirancang kerana beliau masih dapat berhubungan dengan Kim Swee yang menonton dari tempat duduk VIP menerusi catatan nota.

Beliau menerima dua keping nota daripada Kim Swee yang memintanya memperbetulkan posisi pada pertengahan permainan.

Bagaimanapun memasuki separuh masa kedua, beliau tersentak apabila dimaklumkan oleh Pesuruhjaya Perlawanan bahawa Kim Swee tidak dibenarkan lagi menghantar sebarang nota ke bawah. "Saya tidak faham mengapa secara tiba-tiba kami tidak dibenarkan berhubung sedangkan pada mesyuarat sebelum itu, ia tidak dinyatakan. Kami sekadar diberitahu walkie-talkie dan telefon dilarang tetapi nota dibenarkan.

"Namun, kami tiada masa untuk mempersoalkan arahan tersebut, sebaliknya bermula dari saat itu saya sedar saya perlu segera mengambil alih sepenuhnya dan membuat keputusan sendiri tanpa panduan Kim Swee. Namun, saya tidak cemas kerana masih ada dua rakan setugas, Rustov Bozik (kecergasan) dan Yong Wai Hwang (penjaga gol) untuk dirujuk dan berbincang," ujarnya.

Menjelang 15 minit terakhir, Hassan Sazali membuat keputusan yang menjadi titik tolak kepada perlawanan tersebut.

"Buntu mencari jaringan menuju ke hujung permainan, saya membuat keputusan mengeluarkan Syahrul Azwari (Ibrahim) untuk diganti dengan Izzaq (Faris Ramlan). Myanmar main terlalu bertahan dan kami langsung tidak berpeluang menembusi dari tengah.

"Jadi, kita tukar rancangan dengan melancarkan serangan dari kedua-dua belah sayap untuk melakukan hantaran lintang dan menggunakan kelebihan ketinggian Izzaq. Kemasukan Izzaq satu percaturan berbaloi, walaupun dia bukan penjaring gol tetapi jaringan Ahmad Fakri (Saarani) adalah hasil hantarannya,'' katanya.

Cerita Hassan Sazali lagi, sejurus wisel penamat dibunyikan, beliau berasa cukup lega dan terharu dapat membalas kepercayaan yang diletakkan Kim Swee ke atasnya selaku pengendali sementara.

"Kim Swee mengucapkan tahniah kepada saya dan saya menerangkan kepadanya mengapa keputusan pertukaran pemain dibuat dan dia jawab 'tiada masalah, kamu telah melakukan dengan baik, syabas'," tambahnya.

Kata Hassan Sazali lagi, sebelum turun ke padang, Kim Swee telah mengingatkan kepada pemain agar akur dengan segala arahannya.

"Dia minta pemain supaya menganggap segala teriakan arahan coach Hassan umpama dia yang berada di situ," katanya, yang sudah bekerjasama dengan Kim Swee sejak 2007.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 3 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum