Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Join the forum, it's quick and easy

Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Forum Rasmi #Selangor Webchat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Top posters
Greenday (397)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
kalai (278)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
arul (235)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
AbG (224)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
Eleena (206)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
luna (173)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
FairChild (150)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
zairul (126)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
sahak (98)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 
mrsakai (96)
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_lcapKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Voting_barKelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Vote_rcap 

Latest topics
» Real Steel 2011
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyFri Sep 22, 2017 4:57 am by 7haponi

» WONDERFULWEDNESDAYWOMEN
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptySat Nov 05, 2016 9:26 am by KThiruselvam

» BUSINESS START UP TRAINING Programme
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptySat Nov 05, 2016 9:06 am by KThiruselvam

» Self Employed Party Plan Business Training.
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyMon Feb 22, 2016 6:33 am by KThiruselvam

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyThu Dec 31, 2015 12:21 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyWed Dec 30, 2015 10:10 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyWed Dec 30, 2015 12:14 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyTue Dec 29, 2015 10:10 am by ggarrenna

» *FANTASTIC offer! Year END promotion!
Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 EmptyTue Dec 29, 2015 12:11 am by ggarrenna

Who is online?
In total there is 1 user online :: 0 Registered, 0 Hidden and 1 Guest

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 90 on Wed Jul 03, 2019 7:30 am
Statistics
We have 426 registered users
The newest registered user is norazura

Our users have posted a total of 3716 messages in 406 subjects

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

3 posters

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Thu Nov 24, 2011 3:04 am

First topic message reminder :

Live Streaming
http://footstrim.blogspot.com/2011/0...mber-2011.html

Skuad olimpik negara sudah melepasi pusingan pertama dan kedua kelayakan dengan menundukkan pakistan 2-0 secara agregat dan Lubnan 2-1 secara agregat.
Sekarang masih menanti lagi pasukan mana yang menjadi halangan seterus nya bagi skuad olimpik negara.
Semoga Malaysia dapat mara ke pusingan seterusnya.

Pasukan pasukan Asia yg da layak ke pusingan seterusnya :

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 2011-03-29_193859

Undian telah selesai.
Perlawanan adalah timbal balik yg akn berlangsung pada 19 dan 23 Jun 2011.

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 2011-03-30_183146

Pusingan ke 2

Pasukan Asia yg layak ke peringkat kumpulan kelayakan Olimpik

Malaysia
Japan
South Korea
Australia
Uzbekistan
Saudi Arabia
Syria
Qatar
Iraq
Bahrain
United Arab Emirates
Oman

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Olimpik+draw

Jadual Penuh Perlawanan Malaysia:

21 September
Jepun vs MALAYSIA (2-0)

23 November
MALAYSIA vs Syria (0-2)

27 November
MALAYSIA vs Bahrain (2-3)

5 February
Bahrain vs MALAYSIA

22 February
MALAYSIA vs Jepun

14 March
Syria vs MALAYSIA

Tertakluk kepada pindaan dan perubahan.

Pusingan Kalah Mati

3 naib juara kumpulan akn bermain kalah mati yg di jadual kan pada 25, 27, 29 Mac 2011.

Pemenang perlawanan tersebut akan menentang pasukan ke 4 dari Africa utk memburu slot terakhir asia ke sukan olimpik


Last edited by kalai on Mon Nov 28, 2011 9:11 am; edited 3 times in total
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down


Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Sat Nov 26, 2011 2:08 am

20tahun sudah kepergian ALMARHUM DATUK MOKHTAR DAHARI...tetapi KEHEBATAN DAN KELINCAHAN BELIAU di atas padang tak pernah luput dari bibir seluruh pecinta bola sepak Malaysia..THE LEGEND..

KREDIT: Hidup Bola Sepak
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty 'Kaka Malaysia' galas harapan

Post  kalai Sat Nov 26, 2011 8:38 am

KUALA LUMPUR - Semasa namanya disenaraikan pada saat akhir bagi menggantikan Gary Steven Robbat ke Sukan SEA 2011, tidak ramai peminat mengenali siapakah Mohd. Nazmi Faiz yang baru berusia 17 tahun.

Malah, tindakan yang dilihat terdesak oleh jurulatih negara, Ong Kim Swee kerana sanggup menerbangkan Nazmi ke Jakarta yang ketika itu berada di Vietnam bagi menghadapi Kejohanan Kelayakan AFF bawah 19 tahun menimbulkan persoalan di kalangan peminat, adakah perjudian itu memberikan pulangan berbaloi.

Tambahan sehingga dia sanggup tidak mengambil keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), ramai hanya menjangkakan pemergian Nazmi hanya untuk memanaskan bangku simpanan sahaja dan tidak lebih sekadar mencari pengalaman.

Namun, sebaik sahaja Sukan SEA XXVI Indonesia bermula, namanya tiba-tiba meniti di kalangan peminat bola sepak tempatan, malah sudah ada yang membandingkan kehebatannya sama seperti bekas pemain legenda negara, Azizol Abu Hanifah dan tidak kurang memberikan dia dengan nama jolokan 'Kaka Malaysia'.

Ketenangan mengawal bola dan membuka ruang kepada rakan sepasukan dengan hantaran bola yang menakjubkan walaupun dalam situasi sukar seolah-olah seperti pemain yang sudah jauh berpengalaman membuka mata ramai pihak bahawa anak jati Lembah Keramat ini bakal menjadi aset terbaru masa depan bola sepak Malaysia.

Walaupun telah membawa Malaysia meraih emas di Jakarta, Nazmi mengakui masih banyak perlu dipelajari untuk menjadi pemain lebih baik, namun berterima kasih kepada jurulatih, Kim Swee kerana memberikan kepercayaan kepada dirinya bermain dalam kesebelasan utama.

''Selepas Sukan SEA, gaya permainan saya semakin meningkat dan selesa bermain dengan rakan-rakan walaupun baru sahaja bersama skuad utama.

''Kejayaan memenangi emas di Sukan SEA belum memuaskan hati saya, masih banyak perkara yang saya mahu capai selaku pemain bola sepak di samping meningkatkan lagi tahap permainan saya," katanya yang bercadang mengambil peperiksaan SPM pada tahun depan.

Mahu menghadiahkan kemenangan kepada peminat setia negara ketika berdepan Bahrain esok, dia berjanji akan menebus kembali kekalahan yang dialami ketika menentang Syria.

''Saya berazam mahu bermain bersungguh-sungguh selepas kecewa kalah kepada Syria, memang kami semua sudah keletihan dalam perlawanan itu kerana hanya mendapat rehat selama sehari," katanya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Harimau Muda perlu benam Bahrain untuk ambil peluang playoff di Bukit Jalil

Post  kalai Sat Nov 26, 2011 8:46 am

BERITA keputusan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) memilih Malaysia sebagai venue perlawanan playoff Kelayakan Olimpik 2012, 25, 27 dan 29 Mac depan, menjadi tonik terbaik skuad B-22 negara menjelang pertemuan berdepan Bahrain, malam esok.

Lantas jurulatih Ong Kim Swee menetapkan sasaran tiga mata penuh pada aksi ketiga Kumpulan C itu bagi memastikan Malaysia terus berpeluang menamatkan saingan di tangga kedua, seterusnya layak untuk aksi playoff itu.

“Memang kami mengetahui mengenai pemilihan venue terbabit dan sudah tentu ia memberi motivasi tambahan kepada pemain kerana jika berjaya ke playoff, beraksi di depan puluhan ribu penyokong sendiri akan memberi kelebihan kepada kita.

“Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain adalah perlawanan hidup mati,” kata Kim Swee sejurus latihan di Padang MSN, Bukit Jalil, petang semalam.

Selepas aksi Ahad ini, tiga baki perlawanan Kumpulan C menyaksikan Malaysia bertemu Bahrain di tempat lawan pada 5 Februari depan, Jepun di Bukit Jalil (22 Februari) dan Syria di tempat lawan (14 Mac).

Aksi playoff secara liga sepusingan bakal membabitkan naib juara Kumpulan A, B dan C itu adalah untuk memilih satu pasukan bagi menghadapi pasukan keempat terbaik Zon Afrika dan pemenangnya akan layak ke Sukan Olimpik London 2012.

Namun untuk aksi malam esok, Kim Swee tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Muslim Ahmad yang cedera hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu manakala peluang Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim yang hanya menjalani latihan ringan semalam, masih 50-50.

“Tanpa Muslim, Fadhli Shas yang sudah pulih daripada demam panas akan bergandingan dengan Amer Saidin. Bukan memandang rendah Bahrain, tapi pemain sudah kembali segar dan bersedia untuk perlawanan itu,” jelas Kim Swee.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Fakri janji robek gawang Bahrain

Post  kalai Sat Nov 26, 2011 8:47 am

KUALA LUMPUR - Kritikan 'pedas' peminat dalam laman sosial Facebook sedikit pun tidak menjejaskan azam penyerang Harimau Muda, Ahmad Fakri Saarani untuk merobek gawang Bahrain pada aksi Kelayakan Olimpik 2012 zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, esok .

Malah, Fakri menegaskan, semangat dan keyakinannya berada pada tahap terbaik meskipun dihujani pelbagai tohmahan terutama selepas aksi menentang Syria, Rabu lalu.

Tambah Ahmad Fakri, perlawanan menentang Bahrain lebih penting buat dirinya dan negara berbanding melayan semua kritikan tersebut.

"Saya memang tak kisah apa yang mereka mahu kata, mulut orang lambat laun akan penat dan berhenti tapi kalau tak mahu berhenti juga saya akan ambil semua itu sebagai sesuatu yang positif buat saya.

"Apa yang mereka katakan pada saya itu tidak langsung menjejaskan diri saya malah semangat saya berada pada tahap yang terbaik kini," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia sebelum menjalani latihan di padang Majlis Sukan Negara (MSN) di Bukit Jalil, semalam.

Meskipun skuad Harimau Muda memperoleh kemenangan menjinakkan Indonesia melalui penentuan sepakan penalti, namun Ahmad Fakri tetap dikritik oleh peminat selepas mempamerkan persembahan kurang memberansangkan apabila kerap terlepas peluang menjaringkan gol.

Malah, pada perlawanan menentang Syria, Rabu lalu, pemain berusia 22 tahun itu juga seakan sukar menemui sentuhan terbaiknya.

Bagi mengubati kekecewaan peminat, Ahmad Fakri berjanji untuk memberikan 100 peratus komitmennya pada perlawanan menentang Bahrain di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pemain itu juga tidak mahu episod duka buat dirinya ketika menentang Indonesia Isnin lalu berulang kembali.

"Memang setiap perlawanan saya akan memberikan sepenuhnya apa yang ada dan kawan-kawan yang lain juga mampu berikan persembahan terbaik nanti.

"Sasaran utama saya pada perlawanan Ahad ini adalah untuk mendapatkan gol dan itu semua bergantung kepada rezeki dan usaha saya," kata Ahmad Fakri.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Muslim pula cedera

Post  kalai Sat Nov 26, 2011 8:47 am

KUALA LUMPUR - Ketika semakin ramai pemain utama skuad Olimpik pulih daripada masalah kepenatan dan kecederaan, menjelang pertemuan ketiga kelayakan Olimpik London 2012 Kumpulan C menentang Bahrain pada esok, tonggak pertahanan, Mohd. Muslim Ahmad memberikan perkhabaran kurang menggembirakan.

Tanpa disangka, pemain yang memikul antara watak penting membantu Malaysia mempertahankan pingat emas Sukan SEA di Jakarta itu menjadi antara nama terbaru yang diletakkan dalam senarai kecederaan.

Perkara itu dinyatakan sendiri oleh pengendali pengendali Harimau Muda, Ong Kim Swee yang berkata, Muslim mendapat kecederaan urat pelipat lutut atau hamstring semasa perlawanan dengan Syria pada Rabu lalu.

''Muslim masih belum pulih sepenuhnya daripada masalah kecederaan (urat pelipat lutut) yang dialami pada perlawanan terakhir (Syria).

''Kita tengok akan memantau tahap perkembangannya sebelum hari perlawanan, namun saya harap ia tidak terlalu serius.

''Jika dia (Muslim) tidak dapat diturunkan, kita masih mempunyai Amer Saidin yang bermain dengan baik semasa menentang Syria baru-baru ini," kata Kim Swee yang ditemui pada sesi latihan skuad Olimpik di Padang Majlis Sukan Negara (MSN), semalam.

Muslim yang ditemui pula mengakui dia cukup terkilan jika tidak dapat bermain, namun dia percaya kepada sesiapa yang menggantikan tempatnya mampu menggalas peranan untuk menghadapi serangan Bahrain.

''Saya akan mendapatkan pandangan fisioterapi dan doktor dalam masa beberapa hari ini yang masih memantau kecederaan hamstring saya.

''Kalau boleh saya memang hendak bermain namun kalau cedera, apa boleh buat, saya cuma harapkan rakan-rakan tidak kira siapa yang akan diturunkan mampu bermain cemerlang dalam perlawanan itu nanti dan meraih kemenangan tambahan kita beraksi di tempat sendiri," katanya.

Dua lagi pemain yang sudah pasti digugurkan ialah Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria ekoran kecederaan yang sama seperti Muslim manakala Izzaq Faris Ramlan disahkan berdepan kecederaan 'anterior cruciate ligament' (ACL) dan perlu berehat sekurang-kurangnya enam bulan di samping akan menjalani pembedahan pada Selasa ini.

Sementara itu, Kim Swee mengakui seri atau satu lagi kekalahan bukan lagi satu keputusan yang boleh diterima pada perlawanan esok.

''Ini perlawanan hidup mati kita, tga mata sahaja sasaran saya, jika kita kalah, peluang kita boleh dikatakan sudah terpadam bagi mendapat meraih kedudukan sekurang-kurangnya di tempat kedua kumpulan.

''Walaupun Bahrain juga telah tewas dua kali seperti kita, mereka adalah lawan yang bagus dan perlawanan ini nanti pasti sukar.

''Strategi menyerang antara pilihan utama saya pada perlawanan itu nanti tetapi saya akan pastikan kita tidak terlalu ghairah mendapatkan gol sehingga membuka ruang kepada lawan," katanya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Presiden FAM Yakin Harimau Muda Mampu Menang Ke Atas Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 2:43 am

KUANTAN, 26 Nov -- Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Sultan Ahmad Shah yakin Harimau Muda mampu menang ke atas Bahrain, jika skuad itu menampilkan persembahan seperti mana ketika menentang Indonesia pada final Sukan SEA.

Titah baginda dengan dedikasi dan disiplin yang tinggi, skuad negara mampu mengutip tiga mata dalam perlawanan ketiga peringkat kumpulan Kelayakan Olimpik 2012 yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil esok.

"Saya juga berharap anak buah saya esok bermain seperti di Jakarta baru-baru ini yang menampilkan permainan teliti dengan hantaran bola yang kemas," titah Sultan Ahmad Shah pada majlis persembahan Anugerah Pemimpin Unggul kepada Sultan Pahang, di sini hari ini.

Titah baginda kekalahan skuad negara kepada Syria Rabu lepas bukan penunjuk prestasi sebenar Harimau Muda yang keletihan selepas bermain bermati-matian untuk negara ketika final Sukan SEA pada Isnin.

"Saya juga sudah bercakap dengan jurulatih (Ong Kim Swee) pagi tadi yang memaklumkan ada beberapa pemain utama turut mengalami kecederaan, apapun saya doakan yang terbaik untuk pemain," titah baginda yang membayangkan kemungkinan berangkat menyaksikan perlawanan malam esok.

Sultan Ahmad Shah turut memuji peminat bola sepak tanah air yang turun memberi sokongan kepada skuad negara sehingga ke saat akhir permainan sekalipun Harimau Muda tunduk kepada Syria 0-2.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Kecederaan Pemain Tonggak, Kim Swee Pertaruh Barisan Pertahanan Kekang Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 2:44 am

PETALING JAYA, 26 Nov -- Berdepan masalah kecederaan pemain utama serta hakikat "mesti menang", ketua jurulatih skuad olimpik negara Ong Kim Swee mempertaruhkan harapan kepada barisan pertahanan untuk mengekang Bahrain pada Ahad.

Mengakui berdepan tugas getir, Kim Swee berkata peluang Harimau Muda beraksi di Sukan Olimpik London 2012 tetap ada, sekalipun buat masa ini gagal meraih sebarang mata pada peringkat kelayakan.

"Jika Syria tewas kepada Jepun (esok) dan kita pula menang ke atas Bahrain, peluang untuk merebut tempat kedua kumpulan masih terbuka. Jadi pertemuan dengan Bahrain ini adalah di antara hidup atau mati," katanya pada sidang media di sini.

Malaysia sebelum ini tewas kepada Jepun dan Syria.

Beliau yang ditemui pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan sempena perlawanan kelayakan Olimpik di antara Malaysia dan Bahrain, juga optimis rentak permainan pantas oleh Bahrain dapat dikekang barisan pertahanan skuad negara.

"Kami optimis dan yakin boleh mengawal pergerakan lawan melalui benteng terakhir pertahanan negara yang akan diketuai oleh penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat serta barisan pertahanan yang akan diumumkan kelak," katanya.

"Kemungkinan besar saya tidak dapat menurunkan tonggak pertahanan, Mohd Muslim Ahmad yang mengalami kecederaan hamstring ketika skuad negara tewas 0-2 kepada Syria.

"...peluang Mohd Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim masih samar kerana mereka belum cergas sepenuhnya dan hanya menjalani latihan ringan semalam," katanya.

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Sharida berkata mereka berhasrat membawa pulang tiga mata berharga.

"Saya tahu pasukan bola sepak Malaysia sekarang berada dalam kedudukan terbaik selepas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA menentang Indonesia, namun segalanya mungkin," katanya.

Beliau juga berkata anak buahnya berada dalam keadaan baik untuk memenangi perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Shabery Dan Annuar Yakin Skuad Olimpik Negara Mampu Tewaskan Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 2:44 am

KUALA LUMPUR, 26 Nov -- Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yakin skuad olimpik negara mampu mengatasi Bahrain pada perlawanan ketiga kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia, di Stadium Nasional Bukit Jalil Ahad.

Beliau berkata sejarah membuktikan skuad bola sepak negara mampu bangkit walaupun mengalami kekalahan pada beberapa pertandingan sebelum ini.

"Pada Sukan SEA 2009 di Laos dulu, pasukan bola sepak kita yang merupakan pasukan bukan pilihan tewas dalam beberapa perlawanan awal namun bangkit semula untuk merampas pingat emas daripada juara bertahan Vietnam," katanya kepada Bernama, di sini.

Katanya apa yang penting ialah anak buah Ong Kim Swee itu menajamkan bahagian serangan yang dilihat agak tumpul dalam beberapa perlawanan sebelum ini termasuk ketika menentang Jepun dan Syria.

"Kita mungkin perlu menukar strategi perlawanan (terutamanya di bahagian serangan) menentang Bahrain nanti dan saya percaya beliau (Kim Swee) lebih bijak untuk mengatur formasi bagi mengekang pergerakan pihak lawan," katanya.

Bagi Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Tan Sri Annuar Musa, prestasi skuad Harimau Muda secara keseluruhannya semakin menunjukkan peningkatan.

"Pemain-pemain yang mengalami kecederaan ketika beraksi pada Sukan SEA di Indonesia baru-baru ini dilaporkan kembali pulih dan ini meyakinkan saya bahawa pasukan kita boleh melakukan kejutan pada perlawanan tersebut," katanya.

Annuar juga yakin skuad itu mampu meraih kemenangan.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Harpaan Diri Terhadap Pasukan Malaysia

Post  arul Sun Nov 27, 2011 11:26 am

Semoga berjaya skuad Negara. Cari keputusan yang baik untuk masa depan skuad bola sepak malaysia.
arul
arul
Global Moderator
Global  Moderator

Posts : 235
Join date : 2009-07-25
Age : 40
Location : Muar, Johor Darul Takzim

http://www.carisendiri.com

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Bahrain malukan Harimau Muda

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 7:36 pm

TIGA gol pasukan lawan dalam tempoh enam minit mengundang padah buat Harimau Muda apabila tewas 2-3 kepada Bahrain pada aksi Kumpulan C kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam tadi.

Lebih mendukacitakan, anak-anak buah Ong Kim Swee gagal menggunakan kelebihan dua gol sekalipun Bahrain terpaksa beraksi dengan sepuluh pemain setelah Fahad Tareq Showaiteb dilayangkan kad merah pada awal babak kedua.

Ternyata beraksi di depan lebih 40,000 penyokong sendiri bukannya kelebihan buat Harimau Muda yang mungkin sudah boleh melupakan impian untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan.

Percaturan jurulatih Bahrain, Salman Shareeda yang membawa masuk dua penyerang gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna, dalam tempoh 10 minit membuahkan hasil apabila kedua-dua pemain itu meledak ketiga-tiga gol pasukan pelawat.

Bahrain terlebih dahulu menguji gawang negara apabila rembatan Mohamed Ali Tayeb Al-Alawi terus ke dakapan penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat seawal minit kedua.

Tersentak dengan asakan itu, Harimau Muda yang kembali mengatur gerak, namun rembatan Wan Zack Haikal Wan Nor hasil hantaran cantik satu dua bersama Irfan Fazail, mudah dibaca penjaga gol pelawat, Ashraf Waheed Al-Sebaie lima minit kemudian.

Gol pendahuluan Harimau Muda akhirnya menjelma apabila rembatan deras kaki kiri Nazmi Faiz Mansor dari luar kotak penalti terus menerjah jaring Bahrain pada minit ke-30.

Jaringan itu ternyata menambah tonik Harimau Muda apabila berterusan menggandakan asakan, namun tandukan Mohamed Amer Saidin sedikit melewati palang gol hasil sepakan penjuru Mahali Jasuli pada minit ke-37.

Sebaik babak kedua bersambung, Bahrain dilihat semakin tertekan apabila terpaksa beraksi dengan 10 pemain setelah Fahad dilayangkan kad merah gara-gara mengasari Mohd. Affize Faisal Mamat pada minit ke-58.

Peluang itu dimanfaatkan sepenuhnya Harimau Muda yang berjaya menggandakan kelebihan apabila kesilapan mudah Ashraf Waheed yang gagal menangkap kemas bola hantaran lintang Mohd. Fandi Othman dihukum Mahali Jasuli yang tenang menyambar bola muntah untuk gol kedua pada minit ke-66.

Bahrain yang tidak berputus asa berjaya merapatkan kedudukan apabila sepakan gunting Saad Salah terus menerjah gawang Harimau Muda pada minit ke-80.

Gegak gempita di Stadium Nasional, Bukit Jalil akhirnya bertukar sunyi sepi apabila Isa Ahmed berjaya menjaringkan dua gol pantas dalam tempoh dua minit bagi memastikan tiga mata berharga buat Bahrain.

Cubaan Harimau Muda untuk sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan tidak berhasil apabila Mohd. Ferris Danial Mat Nasir yang tidak dikawal gagal menyambut hantaran Mahali pada masa kecederaan.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut buat Harimau Muda dalam saingan kelayakan Olimpik selepas tewas 0-2 dalam dua-dua perlawanan menentang Jepun dan Syria sebelum ini.

Dengan keputusan itu, Harimau Muda kini kekal di tangga tercorot Kumpulan C, sementara Jepun kekal menerajui takhta apabila menjinakkan Syria 2-1 di Stadium Olimpik Nasional, Tokyo semalam.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 7:37 pm

arul wrote:Semoga berjaya skuad Negara. Cari keputusan yang baik untuk masa depan skuad bola sepak malaysia.

6 minit terakhir memusnahkan segalanya bro. aku ade dkt sane malam tadi..
pape pon keep supporting our Harimau Muda team Smile
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Info From FB

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 7:39 pm

~ INFO PELUANG MALAYSIA UNTUK MENJADI RUNNER UP ~
Harapan untuk menjadi Juara kumpulan sudah memang tidak boleh dicapai ...

Sekarang hanya boleh layak menjadi runner up untuk masuk play off...
Ni terpaling PENTING, Kalau nak jadi runner up, kita kena berharap agar Japan mengalahkan Syria tahun depan...

Kalau Syria kalahkan Jepun, Kedua2 pasukan sudah menjadi TOP 2 kat Group C, jadi Malaysia atau Bahrain takleh qualify....

Kalau Japan menang, Malaysia perlu menang semua 3 perlawanan yang tinggal... Kalau ni dicapai, MALAYSIA LAYAK KE PUSINGAN SETERUSNYA.....
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 7:41 pm





kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Gambar dan Karikatur Ketika Perlawanan Malaysia vs Bahrain

Post  kalai Sun Nov 27, 2011 7:52 pm

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 374834_284068868297912_201998693171597_791672_1188906746_n

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 391143_10150419047539231_803029230_8316817_57376455_n

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 391580_297365846960719_193004884063483_1046064_786766159_n

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Attachment
Pemain Malaysia kecewa, Ultras Malaya setia.. - Berita Harian
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty ‘Saya tak tahu nak cakap apa’

Post  kalai Mon Nov 28, 2011 4:52 am

Tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam lima minit: Kim Swee

SUKAR buat jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee menelan kekalahan 3-2 di tangan Bahrain dalam saingan kelayakan Kumpulan C 2012 malam tadi apabila tiga mata yang digenggam sepanjang 80 minit pertama lenyap dalam tempoh lima minit.

"Saya tidak tahu nak cakap apa, dalam lima minit segalanya berubah," kata Kim Swee dalam sidang media selepas perlawanan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi. "Dua gol yang kita peroleh sia-sia selepas kehilangan Affize (Faisal) dan Nazmi (Faiz Mansor).

"Saya tidak punya banyak pilihan pada baki 20 minit terakhir selepas Affize cedera dan Nazmi kekejangan otot. Saya terpaksa meletakkan Shukor (Jusoh) dan penyerang, Ferris (Danial) di bahagian tengah dan ternyata kita gagal mengekang asakan Bahrain walaupun mereka bermain dengan 10 orang.

"Malah Irfan (Fazail) terpaksa menghabiskan permainan dengan buku lali yang tercedera dan ini menunjukkan betapa terdesaknya saya dalam minit-minit terakhir permainan. Walaupun sukar untuk layak, saya harap baki permainan ini digunakan pemain untuk belajar."

"Saya mahu pemain saya rehat secukupnya selepas perlawanan ini.
"Bagi saya pemain sudah memberikan yang terbaik dan saya mahu mereka melupakan bola sepak seketika."

Sementara itu, jurulatih Bahrain, Salman Shareeda menganggap perlawanan malam tadi cukup menarik dengan lima gol dijaringkan dan dia menganggap, Malaysia dan Bahrain adalah pemenang selepas masing-masing beraksi cemerlang.

"Cuma di dalam bola sepak kita perlu bermain hingga 90 minit dan walaupun kami ketinggalan dua gol, semangat juang anak buah saya untuk memburu tiga mata selepas tewas di tangan Syria dan Jepun, membawa hasil lumayan," kata Salman.

Selepas mendahului 2-0 menerusi Nazmi (m-30) dan Mahali Jasuli (m-67), Malaysia dikejutkan tiga gol pelawat dalam tempoh lima minit hasil jaringan Saad Saiah Al-Amer (m-81) dan Isa Ahmed Muthanha (m-85, 86).
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty 5 minit ubah segala-segalanya

Post  kalai Mon Nov 28, 2011 4:52 am

KUALA LUMPUR – Harapan beraksi pada Sukan Olimpik 2012 mungkin sudah terkubur buat skuad bawah 22 tahun negara selepas tumbang 2-3 kepada Bahrain walaupun kemenangan bagaikan semakin berada dalam genggaman Malaysia apabila mendahului 2-0 ketika permainan hanya tinggal 12 minit untuk ditamatkan.

Entah apa yang tidak kena, skuad negara gagal menahan asakan bertali arus Bahrain yang berjaya mendapatkan tiga gol dalam tempoh lima minit melalui pemain gantian Bahrain, Saad Sazah Azamer pada minit ke-79 dan dua jaringan lagi oleh Isa Ahmed Nayem, minit ke-83 dan 84.

Ketiga-tiga gol itu telah meruntun semangat 30,000 penyokong negara yang tidak percaya melihat skuad bimbingan Ong Kim Swee itu membenarkan lawan memperoleh ketiga-tiga gol biarpun kekurangan seorang pemain, Fahad Tareq Showaiter yang dilayangkan kad merah pada minit ke-60.

Barisan pertahanan negara jelas bermain terlalu buruk pada detik 15 minit perlawanan untuk ditamatkan dengan banyak memberikan ruang kepada Bahrain di samping tindakan bijak jurulatih Bahrain, Salman Shareeda memasukkan dua pemain gantian, Saad Sazah dan Isa Ahmed yang banyak membuatkan pertahanan Malaysia hilang arah di samping faktor kepenatan memainkan peranan kebangkitan Bahrain.

Dengan kekalahan itu, skuad negara kini mungkin boleh melupakan aksi di Sukan Olimpik 2012 London selepas tewas buat kali ketiga berturut-turut dan menduduki tangga tercorot Kumpulan C tanpa sebarang mata manakala Bahrain memastikan peluang mereka masih terbuka dengan memperoleh tiga mata berharga di sini.

Dalam satu lagi perlawanan, Jepun yang kini semakin unggul di tangga teratas kumpulan dengan sembilan mata apabila menundukkan Syria dengan keputusan 2-1 di Stadium Antarabangsa Tokyo manakala Syria kekal dengan enam mata.

Malaysia sebelum itu bermain dengan penuh bergaya terutama pada separuh masa pertama apabila mendahului melalui Mohd. Nazmi Faiz Mansor pada minit ke- 30 hasil sepakan jarak jauh yang menakjubkan.

Mahalli Jasuli memastikan Malaysia semakin tepat berada di landasan kemenangan pada mulanya apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Bahrain, Ashraf Waheed Azsebaie yang gagal menangkap kemas percubaan awal pemain bek kanan itu sebelum merembat cantik untuk gol kedua pada minit ke-67.

Namun, ketika kem Malaysia menjangkakan kemenangan sudah berpihak kepada mereka, Bahrain bangkit tanpa disangka pada 10 minit terakhir perlawanan bermula dengan jaringan tidak diduga Saad Sazah menerusi sepakan gunting sehinggakan Khairul Fahmi Che Mat tergamam tidak berbuat sebarang tindakan menyelamat percubaan berkenaan.

Isa Ahmed yang juga menjadi pemain terbaik perlawanan pada malam tersebut memastikan Malaysia berputih mata dengan dua gol, satu menerusi percubaan mudah dalam kotak penalti pada minit ke-83 sebelum dua minit kemudian, dia menjadi wira pasukan apabila percubaan melalui sepakan percuma memastikan Bahrain pulang selaku pemenang.

Aksi seterusnya Malaysia selepas ini ialah berhadapan Bahrain sekali lagi di tempat lawan pada 5 Februari 2012.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Anugerah mampu ubat kekecewaan

Post  kalai Mon Nov 28, 2011 9:12 am

PETALING JAYA - Penyerang muda Wan Zack Haikal Wan Noor berkata, memenangi anugerah Pemain Paling Bernilai 100 Plus-Astro Arena-FAM akan mengurangkan kekecewaan tidak beraksi pada Sukan SEA XXVI 2011, baru-baru ini.

Pemain berusia 20 tahun itu terpaksa disisihkan daripada skuad Bawah 23 negara kerana mengalami kecederaan buku lali.

''Sungguh mendukacitakan apabila tidak disenaraikan ke Sukan SEA. Saya telah mencuba yang terbaik untuk bersama skuad negara ke Jakarta, namun tidak sempat pulih.

''Jika saya menang anugerah ini, sekurang-kurangnya ia akan melenyapkan kedukaan saya.

''Apa pun, saya gembira terpilih dalam senarai pencalonan untuk anugerah Pemain Paling Bernilai bersama rakan-rakan lain daripada skuad Sukan SEA.

''Saya berharap saya telah melakukan yang terbaik sepanjang musim ini untuk mendapat keyakinan tinggi daripada juri walaupun hakikatnya saya tidak menyangka akan terpilih,'' katanya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Mon Nov 28, 2011 9:12 am

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 391655_281389341903998_105846709458263_821080_824201748_n

muka depan panas kosmo hari ini.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 8:55 am

Info: pada tahun 2012, HARIMAU MUDA A akan bertanding dalam liga Singapura (liga S). sedikit info mengenai liga S. 12 pasukan bertanding, 9 buah pasukan dari berbagai negara telah bertanding di liga S ini, antaranya albirex niigata (JAPAN), etoile FC (FRANCE), Super Red (S.KOREA). Penyertaan HMA ke liga S setelah termeterainya perjanjian persefahaman antara FAM dan pasukan muda singapura Young Lions pula akan bermain dalam liga Super.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 8:56 am

Info: Pada december ini, skuad olimpik/sukan sea akan dihantar menjalani latihan di australia, dan di jadualkan bakal menghadapi perlawanan persahabatan menentang tiga kelab elite di australia.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Harimau Muda terpaksa bayar harga mahal gagal Olimpik kerana Sukan SEA XXVI

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:25 am

PINGAT emas Sukan SEA XXVI ternyata begitu mahal ‘harganya’ apabila skuad Harimau Muda terpaksa ‘mengorbankan’ pusingan ketiga Kelayakan Olimpik 2012 dengan kekalahan ketiga, tewas 2-3 kepada Bahrain, kelmarin.

Itulah hakikat terpaksa ditelan jurulatih Ong Kim Swee yang tiada pilihan selain menurunkan barisan serba pincang yang keletihan ketika tewas 0-2 kepada Syria, Rabu lalu serta pertemuan dengan Bahrain itu.Namun Kim Swee dapat melihat sinar terang jauh di hujung terowong dan berharap barisan pemain sedia ada dikekalkan dalam membentuk tunjang Harimau Muda yang lebih mantap menjelang Sukan SEA 2013 di Myanmar dan Sukan Asia 2014 di Incheon, Korea Selatan.

“Tak kisahlah sama ada saya masih jurulatih pasukan ini atau tidak, saya mahu lihat kesemua pemain ini dikekalkan sehingga 2014. Kita perlu dedahkan lagi mereka ini dengan latihan dan aksi antarabangsa, bukan saja di Eropah, malah di Amerika Latin.

“Ini kerana, daripada pemain yang beraksi semalam (kelmarin), hanya Khairul Fahmi Che Mat, Mahali Jasuli, Affize Faisal Mamat dan Shukur Jusoh akan melebihi had usia dan tidak boleh beraksi pada Sukan Asia 2014 tetapi yang lain masih layak.”

Kim Swee berkata, Sukan SEA 2013 akan menjadi ujian awal skuad Harimau Muda kini untuk tampil lebih garang di Incheon 2014.
“Dengan 11 pemain dari skuad Sukan SEA Jakarta masih layak beraksi di Myanmar 2013, serta Wan Zack Haikal dan Gary Steven Robbat, saya yakin tiada masalah kita ke final dan mempertahankan pingat emas,” kata Kim Swee ketika dihubungi, semalam.

Pemain yang masih layak beraksi untuk Sukan SEA 2013 dan Sukan Asia 2014 ialah Fadhli Shas, Irfan Fazail, Wan Zaharul Nizam Zakaria, Zubir Azmi, A Thamil Arasu, Izham Tarmizi Roslan dan Wan Zack (20 tahun), Fandi Othman, Amer Saidin, Ferris Danial Mat Nasir dan Gary Steven (19 tahun), Syahrul Azwari Ibrahim (18 tahun) dan Nazmi Faiz Mansor (17 tahun). Izzaq Faris Ramlan, 21, yang cedera dan terpaksa berehat enam bulan, juga dapat beraksi pada Sukan SEA 2013.

Selepas berakhir tempoh tiga minggu cukup memeritkan, Kim Swee hanya memberi rehat seminggu kepada anak-anak buahnya sebelum kembali berkumpul, Isnin depan untuk siri latihan dan aksi persahabatan selama dua minggu di Sydney, Australia, 10 Disember.

Ia akan disusuli penyertaan pada Liga Singapura 2012 bermula Februari depan serta baki tiga aksi Kelayakan Olimpik.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Semangat Ultras Malaya wajar dicontohi

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:25 am

WISEL penamat sudah 30 minit ditiup tetapi sekumpulan hampir 1,000 penyokong negara yang menamakan kumpulan mereka Ultras Malaya (UM), tidak berganjak dari bangku penonton, berdiri sambil terus menyanyikan lagu semangat untuk pemain.

Bagi mereka, angka ‘Malaysia 2 Bahrain 3’ yang terpampang pada layar di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas tamat perlawanan, bukan penamat sokongan terhadap skuad Harimau Muda kerana yakin kesebelasan anak buah Ong Kim Swee sudah melakukan yang terbaik pada perlawanan kumpulan Kelayakan Olimpik itu.

Kumpulan UM membeli tiket bukan untuk duduk, sebaliknya mereka yang hadir berpakaian kuning dan hitam dengan skaf kuning hitam, lebih gemar berdiri sambil bernyanyi lagu semangat sebagai tanda sokongan terhadap pemain yang berjuang di tengah padang.

Penulis yang berkesempatan bersama kumpulan itu turut menyertai mereka menggerakkan `ombak Mexico' dari sebelah kiri sebelum disambut puluhan ribu penyokong lain sehingga melengkapkan satu pusingan stadium.

Pernah bersama mereka ketika awal pergerakan UM pada 2007 yang dikenali sebagai Harimau Malaya.Com (HMC) sebelum ini, pertambahan jumlah penyokong kumpulan itu amat ketara apabila kini berkembang ke seluruh negara.

Penyokong UM dari Melaka, Darwin Mohd Arif, 18, berkata dia dan rakannya menerima kekalahan itu secara positif kerana yakin skuad negara mampu mara lebih jauh jika pemain terus dipupuk dengan semangat juang tinggi.

“Kami tetap bersama Harimau Muda dan Malaya walaupun ketika kalah,” kata penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Lendu di Melaka itu.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Pintu Sukan Olimpik sudah hampir tertutup

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:26 am

ATAS kertas, impian Harimau Muda untuk menjejakkan kaki ke bumi London tahun depan tampak tidak ubah daripada sekadar mimpi indah.

Sebaik tewas 2-3 kepada Bahrain pada saingan Kumpulan C kelayakan Sukan Olimpik 2012 Zon Asia di Stadium Nasional, Bukit Jalil malam kelmarin, pintu slot saingan playoff kini dilihat semakin tertutup rapat buat skuad kendalian Ong Kim Swee itu.

Ia merupakan kekalahan ketiga berturut-turut di alami skuad Olimpik negara selepas mereka terlebih dahulu tewas 0-2 kepada Jepun dan Syria.

Rentetan kekalahan di pentas kelayakan Olimpik seolah-olah mengajar anak-anak buah Kim Swee mengenai erti sebenar bola sepak meskipun mereka memegang reputasi selaku jaguh Asia Tenggara sebaik mempertahankan pingat emas Sukan SEA baru-baru ini.

Mahu atau tidak, Harimau Muda perlu menebus semula maruah yang tercalar dalam baki tiga perlawanan akan datang apabila membuat perhitungan dengan Bahrain pada 5 Februari 2012 dan Syria (14 Mac) di gelanggang lawan, selain melayan kunjungan Jepun pada 22 Februari tahun depan.

Tanpa sebarang alasan, anak-anak buah Kim Swee mengharapkan keajaiban membenam Bahrain dan Syria, selain mampu melakar kejutan ke atas Jepun jika tidak mahu kempunan beraksi di London.

Pada perlawanan yang disaksikan hampir 40,000 penyokong sendiri kelmarin, kegagalan Harimau Muda mempertahankan kelebihan dua gol sebelum Bahrain yang beraksi dengan 10 pemain memperoleh tiga gol pada penghujung perlawanan, sememangnya sukar diterima akal.

"Hanya dalam tempoh kira-kira lima minit, segala-galanya berubah. Saya sendiri tidak tahu hendak cakap apa lagi," katanya kecewa selepas perlawanan kelmarin.

Meskipun mendahului menerusi ledakan cantik arkitek muda negara, Nazmi Faiz Mansor pada minit ke-30 disusuli jaringan Mahali Jasuli (66), Harimau Muda akhirnya terjerat dengan ledakan tiga gol lewat pasukan pelawat menerusi pemain gantian, Saad Salah Al-Amer dan Isa Ahmed Muthanna.

Apa yang pasti, ketiadaan Nazmi Faiz dan Mohd. Affize Faisal Mamat yang terpaksa dikeluarkan gara-gara kekejangan otot dan kecederaan pada pertengahan babak kedua juga dilihat bermulanya cetusan 'malapetaka' Harimau Muda yang gagal mengekang amukan jentera serangan Bahrain.

"Ini sahaja pemain yang kita ada. Selain terpaksa meletakkan penyerang, Ferris Danial Mat Nasir di bahagian tengah selepas Nazmi Faiz terpaksa dikeluarkan, Irfan (Fazail) juga terhincut-hincut menanggung kesakitan memandangkan tiada lagi pertukaran yang boleh dilakukan.

"Saya harap keputusan ini dapat memberikan iktibar dan pengajaran berguna buat kami selepas ini," katanya.

Dengan tiga kekalahan yang dialami, Harimau Muda terus terperosok di tangga tercorot Kumpulan C, manakala Jepun unggul di persada dengan mengumpul sembilan mata maksimum.

Syria pula berada di tangga kedua dengan enam mata, sementara Bahrain menghuni tangga ketiga apabila mengutip tiga mata.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Harimau akui terleka

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:27 am

KUALA LUMPUR - "Perasaan saya amat kecewa kerana tidak dapat membalas pengorbanan para peminat yang datang menyokong kami dari awal sehingga akhir perlawanan.

"Untuk itu saya meminta maaf kepada semua penyokong bola sepak negara kerana menghampakan anda semua dengan kekalahan ke atas Bahrain."

Demikian luahan pemain sayap skuad bawah 22 negara, Mohd. Fandi Othman selepas skuad negara kalah 2-3 kepada Bahrain pada perlawanan Kelayakan Olimpik kelmarin.

Mengakui masih sukar menerima kekalahan tersebut, Fandi berkata, kelekaan selepas mendahului 2-0 menjadi penyebab utama mereka dikejutkan dengan tiga gol pantas Bahrain.

Ia meleburkan impian pasukan negara untuk mencatat kemenangan pertama dalam saingan pusingan akhir kelayakan Sukan Olimpik London 2012.

"Selepas mendahului dengan kelebihan dua gol, kami sedikit leka dan mengambil sikap mudah tambahan lawan bermain dengan 10 orang.

"Sebaik sahaja lawan memperoleh gol pertama pada minit ke-80, mereka seolah-olah mendapat semangat baru.

"Sedangkan kami sebaliknya gagal bertahan dengan baik mempertahankan kedudukan.

"Perlawanan ini boleh dikatakan paling pahit dalam karier saya bergelar pemain bola sepak profesional.

"Diharapkan kekalahan semalam memberikan pengajaran paling berguna kepada saya dan rakan-rakan yang lain pada masa akan datang, " kata Fandi, yang beraksi dalam kecederaan hamstring sepanjang perlawanan.

Selain Fandi, seorang lagi tonggak tengah, Mohd. Irfan Fazail juga terpaksa menghabiskan baki permainan dalam keadaan cedera.

Ini kerana tiada lagi pertukaran pemain dapat dilakukan selepas Wan Zack Haikal, Mohd. Affize Faisal dan Mohd. Nazmi Faiz digantikan kerana turut mendapat kecederaan.

Pertahanan negara, Mohd. Fadhli Shas juga meminta maaf kepada kepada penyokong, sambil mengakui dia sukar melelapkan mata apabila mengenangkan kembali detik 10 minit terakhir perlawanan.

"Saya tidak dapat tidur semalaman selepas perlawanan. Sukar hendak percaya dengan apa yang terjadi, tidak tahu bagaimana saya hendak memperjelaskan bagaimana situasi sebenar semalam.

"Segalanya berlaku dengan pantas, pemain hilang fokus dan kebanyakan antara kami mula keletihan di samping beberapa rakan sepasukan bermain dalam keadaan cedera, " katanya.

Walaupun sedar peluang Malaysia semakin tipis untuk melayakkan diri ke saingan Sukan Olimpik London, Fadhli tetap berharap mereka dapat menebus maruah yang tercalar pada perlawanan di Bahrain yang dijadualkan pada 5 Februari depan.

"Kami akan cuba lupakan kekalahan dengan Bahrain, kami mahu memulihkan kembali semangat dalam masa tiga bulan ini apabila akan ke Australia pada bulan depan," katanya.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Tengah pincang punca kecundang

Post  kalai Tue Nov 29, 2011 9:27 am

KUALA LUMPUR - Jurulatih bola sepak tempatan sepakat bahawa sikap alpa dan kekurangan pemain gantian yang berwibawa menjadi punca skuad Harimau Muda kecundang 2-3 kepada Bahrain dalam perlawanan Kelayakan Olimpik 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil, kelmarin.

Mereka berkata, sikap sedemikian tidak sepatutnya berlaku terutama apabila mendahului dua gol.

Ekoran kekalahan tersebut, mereka berpendapat kini hanya keajaiban sahaja yang dapat membantu Harimau Muda untuk layak Sukan Olimpik 2012.

Ini kerana dari segi matematik skuad Ong Kim Swee masih ada peluang tetapi hakikatnya amat sukar kerana perlu memenangi semua baki tiga perlawanan ke atas Jepun, Syria dan Bahrain.

Jurulatih Kuala Lumpur, Razip Ismail berkata, kekalahan kelmarin mungkin disebabkan kekurangan pemain gantian di bahagian tengah.

"Sepatutnya kita perlu mempunyai banyak pilihan pemain gantian pada bahagian tengah kerana bahagian tersebut amat penting.

"Pada babak pertama saya lihat Malaysia bermain dengan baik berbanding babak kedua yang menyaksikan Bahrain lebih agresif untuk mendapatkan kemenangan," katanya ketika dihubungi semalam.

Jurulatih Pahang, Dollah Salleh berkata, kecuaian pada saat akhir membolehkan Bahrain mendapatkan gol kemenangan dalam tempoh lima minit walaupun skuad kebangsaan beraksi dengan baik sepanjang 85 minit perlawanan.

"Kita jangan fikir perlawanan sudah berakhir apabila mendahului dengan 2-0.

"Saya tetap puji aksi yang dipamerkan oleh pemain. Kita kena faham pemain terpaksa hadapi cabaran yang sangat getir selepas penat beraksi pada Sukan SEA," kata Dollah.

Sementara itu, jurulatih Selangor, Irfan Bakti, berpendapat pertukaran pemain akibat kecederaan adalah faktor yang mengganggu rentak permainan.

"Sekiranya 11 pemain utama kekal di atas padang, sudah tentu kita mampu mendapatkan kemenangan semalam (kelmarin)," kata Irfan.
kalai
kalai
V.I.P #Selangor
V.I.P  #Selangor

Posts : 278
Join date : 2009-07-25
Location : Gombak

Back to top Go down

Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain  - Page 2 Empty Re: Kelayakan Olimpik @ SNBJ 8.45 mlm (27 November) - Malaysia (2) vs (3) Bahrain

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 2 of 3 Previous  1, 2, 3  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum