Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Join the forum, it's quick and easy

Forum Rasmi #Selangor Webchat
Peringatan
Forum ini diklasifikasikan sebagai 18 sx+sg+pl :

( Seram + Ganas + Politik + Lucah) .

Dengan ini anda bersetuju dengan setiap peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan forum ini . Pihak pengurusan forum tidak akan dipersalahkan sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.
Forum Rasmi #Selangor Webchat
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
Top posters
Greenday (397)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
kalai (278)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
arul (235)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
AbG (224)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
Eleena (206)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
luna (173)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
FairChild (150)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
zairul (126)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
sahak (98)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 
mrsakai (96)
baca ni sedey wei Vote_lcapbaca ni sedey wei Voting_barbaca ni sedey wei Vote_rcap 

Latest topics
» Real Steel 2011
baca ni sedey wei EmptyFri Sep 22, 2017 4:57 am by 7haponi

» WONDERFULWEDNESDAYWOMEN
baca ni sedey wei EmptySat Nov 05, 2016 9:26 am by KThiruselvam

» BUSINESS START UP TRAINING Programme
baca ni sedey wei EmptySat Nov 05, 2016 9:06 am by KThiruselvam

» Self Employed Party Plan Business Training.
baca ni sedey wei EmptyMon Feb 22, 2016 6:33 am by KThiruselvam

» New game siber phone promo
baca ni sedey wei EmptyThu Dec 31, 2015 12:21 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
baca ni sedey wei EmptyWed Dec 30, 2015 10:10 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
baca ni sedey wei EmptyWed Dec 30, 2015 12:14 am by ggarrenna

» New game siber phone promo
baca ni sedey wei EmptyTue Dec 29, 2015 10:10 am by ggarrenna

» *FANTASTIC offer! Year END promotion!
baca ni sedey wei EmptyTue Dec 29, 2015 12:11 am by ggarrenna

Who is online?
In total there are 3 users online :: 0 Registered, 0 Hidden and 3 Guests

None

[ View the whole list ]


Most users ever online was 90 on Wed Jul 03, 2019 7:30 am
Statistics
We have 426 registered users
The newest registered user is norazura

Our users have posted a total of 3716 messages in 406 subjects

baca ni sedey wei

Go down

baca ni sedey wei Empty baca ni sedey wei

Post  is Mon Aug 03, 2009 7:28 am


Ayah baik setahun saja


TIDAK ada apa yang menggembirakan anak-anak selain daripada melihat
kehidupan mereka sempurna lengkap dan mendapat pendidikan yang baik,
makan minum tersedia, pakaian silih berganti dan terlebih rumah tangga
ibu bapa mereka aman damai.
''Namun kami faham bukan semua anak-anak dapat menikmati kehidupan
yang sempurna apa lagi kebahagian hidup keluarganya, kerana bukan
mereka yang menentukan selain pasangan suami isteri itu sendiri dan
ketentuan Allah.
''Namun kami adalah sebahagian dari anak-anak malang yang tidak
dapat menikmati kebahagian hidup dalam keluarga kerana sikap dan
perangai ayah yang tidak pernah menyenangkan hati kami adik beradik.
Keadaan seperti ini bukan baru berlaku, tetapi sejak lima enam tahun
lalu, sejak kami kecil lagi.'' Demikian cerita Zukhne dalam e-melnya
kepada penulis.
''Sebagai anak sulung saya dapat melihat banyak perubahan berlaku
dalam keluarga kami, dulu semasa kecil, kami sering melihat ayah pulang
lewat malam, kata emak ayah bekerja. Ayah seolah-olah tak ada hari
cuti, sentiasa bekerja tidak seperti jiran-jiran kerana saya sering
melihat mereka memanggil kawan-kawan saya pulang dari padang ketika
kami ghairah berlari mengejar bola.
''Tapi saya tak pernah lihat ayah, dah malam baru balik, kadang tu
tak jumpa langsung sebab tak balik terus, ataupun balik jauh malam
setelah kami tidur.
''Begitulah perangai ayah sehinggalah kami besar, kini barulah kami
tahu ke mana sebenarnya ayah pergi, tetapi saya tak mahu bertanya emak
sebab saya tak mahu lihat emak sedih dan bercakap bohong melindungi dan
membela ayah.
''Namun saya dan adik-adik seramai empat orang gembira kerana emak
sentiasa bersama membantu kami mengulang kaji pelajaran, menasihat kami
supaya rajin belajar, memberi kami wang bila sekolah memerlukan,
membeli pakaian dan segala peralatan dan persiapan untuk kami ke
sekolah.
''Ayah tak pernah bawa kami pergi beli pakaian baik pakaian sekolah
ataupun untuk Hari Raya, semuanya emak yang belikan. Bila kami tanya
emak banyak duit, emak kata duit ayah yang beri. Tepi kami hairan juga
kerana kami sering dengar ayah selalu minta duit pada emak. Bila emak
kata tak ada duit ayah akan meninggikan suara. Marah-marah. Akhirnya emak bagi juga duit pada ayah sebab takut kena pukul.
''Mangsanya kamilah, bila kami perlukan duit untuk beli barang
keperluan sekolah, emak kata tunggu cukup bulan bila emak dapat gaji.
Untuk duit belanja ke sekolah, biasanya akan dikurangkan, emak suruh
kami bawa bekal ke sekolah.
''Bila dah besar barulah saya faham apa yang terjadi antara mereka.
Kadang tu kami terdengar emak marahkan ayah sebab suka balik lewat
malam, suka berjudi, main ekor dan suka belanja pada wanita lain.
Biasanya ayah menafikan dia ada teman wanita.
''Bila saya dah belajar di IPTA, barulah emak bercerita pada saya,
tentang keresahan hatinya, kerana ayah banyak buat hubungan dengan
ramai wanita. Pernah emak ajak saya temankannya jumpa wanita tersebut,
emak merayu dia supaya tak ganggu ayah lagi. Sakitnya hati saya bila
wanita itu kata emak tak tahu jaga laki sebab itu ayah cari dia.
terbongkar
''Bila rahsianya terbongkar ayah akan bertukar jadi baik, selalu
balik awal, dan mulalah tunjuk muka manis kepada saya bila balik ke
rumah. Tapi saya dah masak dengan perangai ayah, dia buat baik cuma
sementara, paling lama setahun, biasa lepas tiga empat bulan ayah balik
semula kepada perangai lamanya, suka berjudi.
''Saya puji perangai emak kerana dia terlalu baik, sabar dengar
perangai ayah yang selalu menyusahkannya, tetapi pada saya kebaikan
emak bukan membawa kebaikan, sebaliknya merosakkan hidup ayah. Di
samping membuatkan kami adik beradik bencikan perangai ayah, yang tak
bertanggungjawab dan suka pukul emak.
''Saya kesian tengok emak berusaha sedaya upaya mempertahankan
perkahwinannya, kerana dia sayangkan ayah, tetapi ayah tak sayangkan
emak. Masa saya bersekolah rendah saya sering dengar ayah marahkan emak
dan membodoh-bodohkan emak. Tapi emak diam aja. Sebab takut kena pukul.
''Kadang tu bila emak pergi kerja, ayah pulang ke rumah mencari
sesuatu. Bila barang yang dicari tak jumpa dia akan memaki hamun emak
depan kami dan mengutuk emak perempuan bodoh, tak berguna dan
macam-macam lagi.
''Kini kami adik beradik semakin bencikan perangai ayah, terutama
bila ada wanita yang datang menyerang emak di rumah. Orang seperti ayah
dah tak makan nasihat. Penasihat dari langit pun tak guna, dia ikut
nafsu sendiri. Dan tak payahlah nak nasihatkan kami adik beradik, sebab
kami tahu siapa ayah dan siapa ibu kami, kami tahu membezakan buruk dan
baik, dosa dah pahala. Lagipun selama ini kamilah yang menanggung
derita akibat perbuatan ayah yang mementingkan nafsu sendiri.
''Namun saya bersyukur kerana kesabaran emak kami adik beradik
mendapat pelajaran yang sempurna, saya sudah bekerja. Tetapi kekasih
ayah yang terakhir ini nampaknya boleh membuat emak dan ayah bercerai.
Dia bukan setakat bercinta dengan ayah sedangkan dia sudah bersuami,
malah dia berani menyerang emak, bila emak cuba menasihatkan dia supaya
jangan menganggu ayah. Nasib saya ada dapatlah saya mempertahankan emak
dari kena pukul.
''Kini, bila usia meningkat (sudah 50 tahun) emak sudah berubah,
emak nampak sudah bersedia menerima apa juga keadaan kalau pun dia
diceraikan. Emak sudah hilang sabar, mungkin emak malu kepada kami,
atau mungkin emak tidak bimbang lagi kerana kami sudah dewasa dan boleh
berdikari.
''Baru-baru ini ayah mengamuk, emak menjawab, terjadilah
pertengkaran hebat, ayah cuba pukul emak, saya terpaksa tolak ayah dan
dia jatuh. Saya kena maki hamun. Sejak itu dah sebulan ayah tak balik.
''Saya terfikir jika mereka bercerai ke mana ayah nak pergi? Ayah
tak ada rumah, rumah yang kami duduk ini pun milik emak. Mungkin dia
boleh menyewa rumah lain, atau berkahwin dengan kekasihnya. Tetapi
ditakdirkan ayah sakit (kini sudah lebih 50 tahun) mahukah isteri
barunya menjaganya? Mungkin ketika itu ayah tidak ada duit lagi untuk
menyara hidupnya. Apakah ayah akan dihantar ke rumah orang tua-tua?
''Mungkin pemikiran saya sudah terlalu jauh dan mungkin tak terjadi,
tapi ditakdirkan terjadi saya malu ayah duduk rumah kebajikan, namun
itu bukan kerana saya, tetapi kerana perangainya yang menganiaya
dirinya sendiri.''
Demikian cerita Zukhne melahirkan rasa kerisauannya kerana perangai
ayahnya yang tidak pernah berubah. Jika seorang anak yang masih muda
boleh memikirkan nasib ayahnya ditakdirkan berlaku penceraian
mengapakah seseorang ayah yang telah cukup matang tidak boleh berfikir
tentang masa depannya?
sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0802&pub=Utusan_Malaysia&sec=Keluarga&pg=ke_02.htm

is
Ahli Manja
Ahli Manja

Posts : 45
Join date : 2009-07-25
Location : heheheeh

http://hehehehe.com

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum